Berita Terkini
recent

Keinginan Mahu Dicium Tertunai

Aktres Kate Winslet mendapat lebih daripada sekadar anugerah di malam Anugerah Filem Hollywood 2017, baru-baru ini.



Selain menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi peranannya dalam filem Wonder Wheel, tambah manis pelakon British itu turut mendapat ciuman spontan daripada pelakon pujaannya, Allison Janney.

Ketika memberi ucapan terima kasih atas anugerah yang diterima, wanita berusia 42 tahun itu berkata dia merasa terhormat berada di dalam dewan tersebut bersama pelakon berbakat seperti Allison malah dia mengakui mahu menjadi seorang pelakon sehebat bintang filem Mom itu.

Dalam pada itu, Kate spontan meluahkan keinginannya dan berharap satu hari nanti boleh mendapat satu "ciuman" daripada Allison satu hari.

Mendengar perkara tersebut, Allison yang duduk di meja segera berdiri dan berjalan naik ke pentas. Saat itu Kate kelihatan cukup teruja tatkala melihat Allison datang lalu menciumnya.

"Ia berlaku sekarang," kata Kate disambut dengan gelak tawa orang ramai.

"Sekarang susah sikit hendak bernafas, ujar bintang "Titanic" sambil melemparkan senyum dan menyambut ucapannya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.