Berita Terkini
recent

Kangin Diminta Tinggalkan Super Junior

PEMINAT Super Junior (SJ) terus mendesak salah seorang anggotanya, Kangin, supaya meninggalkan kumpulan itu.

Ia berikutan satu laporan yang mendedahkan dia dipanggil pihak polis kerana bertindak mengasari seorang wanita.

Portal hiburan Allkpop dalam laporannya mendedahkan, laman Instagram milik Kangin terus dibanjiri komen negatif peminat yang mendesak pengundurannya.
"Sila keluar dari kumpulan SJ," tulis seorang peminat.

"Tolong berhenti rosakkan nama dan reputasi kumpulan kamu," tulis seorang lagi individu di Instagram.

Sewaktu kejadian itu, Kangin dikatakan telah memukul wanita yang dipercayai sebagai teman wanitanya.

Menerusi satu kenyataan, agensi pengurusan SJ iaitu SM Entertainment masih lagi menyiasat perkara itu.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.