Berita Terkini
recent

Kalau Tak Jadi Nanti Malu - Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak mengesahkan dia dan tunangannya Ezza Yusof belum mempunyai perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.



Memetik laporan mStar online, Remy mengaku dia dan Ezza masih lagi dalam fasa mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

"Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa.

"Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat," ujarnya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniangaan itu pada Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman wanita tersebut.

Dalam pada itu Remy berkata dia kurang selesa untuk berkongsi tentang hubungan tersebut kepada umum.

"Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu.

"Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami," ujarnya yang memenangil anugerah Pelakon Pembantu Lelaki (Drama) Terbaik Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) baru-baru ini.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.