Berita Terkini
recent

Jurutera dinobat pemenang Manhunt Malaysia 2017

JURUTERA kelahiran Kelantan, Gan Kai Han, 24, dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Manhunt Malaysia 2017 yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kai Han membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Beliau turut membawa pulang gelaran Mr Physique selepas menewaskan 17 peserta lain.

“Saya tak sangka dengan kemenangan ini. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan dan galakkan untuk saya menyertai pertandingan ini.

“Saya berharap akan dapat buat yang terbaik dan tidak menghampakan Malaysia dalam pertandingan Manhunt International yang akan berlangsung di Bangkok, 27 November ini,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan ke pertandingan di peringkat antarabangsa itu, Kai Han berkata, beliau akan terus berlatih dan buat yang terbaik.

Tempat kedua pertandingan ini disandang oleh jurutera penerbangan, Neoh Wee Ming, 28, sementara tempat ketiga dimenangi pelajar dan jurulatih kecergasan, Len Han Zhen, 21.

Masing-masing membawa pulang RM3,000 dan RM1,000.

Pertandingan Manhunt International akan diadakan di Bangkok pada 27 November ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.