Berita Terkini
recent

Jue Terkilan Kontrak Batal Tanpa Alasan Munasabah

Aktres Jue Aziz meluahkan rasa tidak puas hati terhadap satu jenama pengeluar produk kecantikan apabila wajahnya masih digunakan pihak berkenaan sedangkan kontraknya sudah ditamatkan serta-merta tanpa sebab munasabah.

Memetik laporan BH online, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 34, berkata lebih menyedihkan, nama suaminya, Bayu Daniels, turut terkena tempias apabila dituduh dengan perkara bukan-bukan.

"Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab.

"Sukar untuk saya menjelaskan perkara itu secara terperinci, namun saya sedih apabila kerjasama ini diakhiri dengan cara tidak baik.

"Lebih menyedihkan, suami juga turut terkena tempiasnya, sehingga kami pula bergaduh suami-isteri," katanya.

Akui Jue dia terkilan dengan apa yang berlaku sekaligus sedikit sebanyak membuatkan dia berasa serik untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat kecantikan selepas ini.

"Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan.

"Apa yang penting, saya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar, akibat masalah bersama syarikat produk saya wakili sebelum ini," tegasnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.