Berita Terkini
recent

Josh Groban hampir jadi mangsa serangan New York

SIAPA sangka kebiasaan penyanyi Josh Groban membawa anjingnya berjalan di taman berdekatan hampir menjadikan dia salah seorang mangsa serangan New York semalam, lapor Today.com.

Dia menulis di laman Twitternya menceritakan detik cemas saat terdengar beberapa das tembakan semasa insiden berdarah tersebut berlaku.

"Oh tuhan, saya terdengar tembakan dan terus lari bersama anjing saya, harap semua orang okay.

"Insiden tersebut berlaku lebih kurang setengah blok dari saya dan kedengaran lapan hingga 10 das tembakan dilepaskan namun tidak dapat melihat apa yang berlaku," tulisnya.

Penyanyi berusia 36 tahun itu berkata dia merancang untuk ke kawasan insiden berlaku.

"Saya kini menggeletar, kawasan tersebut sepatutnya menjadi tempat lepak saya tetapi anjing saya menarik saya ke taman hampir setengah blok jauhnya sebelum kedengaran bunyi tembakan," tulisnya lagi.

Sementara itu, dia juga turut mengucapkan takziah pada semua mangsa.

"Saya tumpang bersedih pada mangsa-mangsa dan ahli keluarga mereka," tulisnya lagi.

Pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala 11 lagi cedera setelah seorang lelaki memandu trak sewa ke laluan berbasikal di Manhattan dan melanggar orang awam, petang semalam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.