Berita Terkini
recent

Jennifer Lawrence Selamba Tunafoto Emma Stone

Gelagat dua pelakon jelita Jennifer Lawrence dan Emma Stone pada malam Anugerah Gubernur 2017 yang berlangsung di The Dolby Ray di Hollywood & Highland Centre baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.

Ini kerana dua sahabat yang pernah memenangi anugerah Oscar itu spontan mempamerkan aksi lucu saat jurugambar sedang merakamkan ketibaan mereka melintasi laluan karpet merah.

Ketika itu para jurugambar sedang merakamkan gambar Emma Stone yang tampil dengan gaya dan imej 'chic' mengenakan busana bewarna putih.

Tiba-tiba Jennifer yang kelihatan elegan dengan gaun hitamnya melakukan tunafoto (photobomb) dengan secara spontan 'menyelit masuk' di belakang sahabatnya itu sambil mempamerkan senyuman.

..

Terkejut dengan aksi bintang filem "The Hunger Games itu, Emma bagaimanapun tertawa.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua melakukan aksi 'gila-gila' dengan mempamerkan mimik muka lucu secara mengadap dihadapan lensa para jurugambar.

..

"Kami saling menyokong antara satu sama lain," kata Jennifer mengenai hubungan persahabatannya dengan Emma ketika ditemubual oleh majalah Glamour sekitar tahun lalu.

Selain bertemu dengan Jennifer, di acara tersebut Emma juga dilaporkan bertemu kembali dengan bekas kekasihnya Andrew Garfield. Selepas usai majlis, mereka dikatakan sempat berborak bersama beberapa rakan lain.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.