Berita Terkini
recent

Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’ - Sharifah Sakinah

Aktres Sharifah Sakinah, 28, berharap dirinya tidak dilabelkan sebagai 'bimbo' gara-gara wataknya yang gila-gila menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka.

Meskipun dia popular dengan karakter bersahaja dan suka melawak ketika di luar drama namun ibu anak satu ini menegaskan wataknya dalam drama arahan Dira Abu Zahar itu hanyalah lakonan semata-mata.

"Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian.

“Fungsi saya dalam dunia hiburan ini bukan ‘bimbo’ semata-mata. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Dalam ‘kamus’ generasi baharu, bimbo merupakan gambaran wanita muda yang menarik tetapi kurang kematangan.

Mengenai perkembangan terkini, Sakinah kini sibuk di lokasi penggambaran drama Suamiku Mat Piun lakonan bersama Along Raja Lawak dan Mark Adam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.