Berita Terkini
recent

‘Jangan Menangis’ Bukan Lagu Saduran

Lagu nyanyian Aizat Amdan berjudul Jangan Menangis ciptaannya bersama Faizal Tahir dan Mike Chan layak untuk bertanding dalam Anugerah Juara Lagu berikutan ia bukan lagu saduran.

Penerbit Eksekutifnya, Nurhul Huda Khalid berkata, lagu itu pernah diterbitkan dalam bahasa Mandarin, namun ia tidak melanggar syarat untuk dipertandingkan di AJL.

"Kami juga baru tahu tentang lagu itu semalam, namun ia bukan sesuatu yang melanggar syarat pertandingan.

"Lagu versi asal dalam bahasa Mandarin itu adalah daripada komposer yang sama dan bukan lagu saduran. Kalau ia lagu saduran memang tidak layak," ujarnya.

Lagu Jangan Menangis nyanyian Aizat Amdan menjadi tular pada Selasa apabila didakwa pernah diterbitkan pada tahun 2015 dan dinyanyikan oleh penyanyi dari China, Hua Chen Yu berjudul King & Beggardalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, Nurhul Huda berkata, lagu tersebut juga tidak pernah dihantar untuk dicalonkan dalam Muzik-Muzik pada penerbitan terdahulu.
"Syarat untuk menyertai AJL salah satunya ialah lagu itu belum pernah menghantar pencalonan untuk bertanding.


"Ia seperti lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat yang pernah diterbitkan beberapa tahun sebelum One Nation Emcee nyanyikannya semula.

"Kami terima penyertaan mereka kerana sebelum ini lagu tersebut tidak pernah dipertandingkan," ujarnya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.