Berita Terkini
recent

'Jangan ada pihak cuba ajar KFA'

JANGAN ada pihak yang cuba mengajar Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagaimana untuk mentadbir kerana persatuan itu adalah sebuah organisasi lama.

Itu reaksi Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berhubung isu penjualan

tiket final Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT), esok.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengangkat pasukan Kedah untuk berada di tahap yang tinggi dan boleh dibanggakan pada hari ini.

"Tiada pasukan yang mampu menandingi keupayaan pasukan kita dan jangan ada pihak tertentu yang nak hilangkan fokus pasukan kita, cuba memainkan peranan tertentu nak merosakkan pasukan ini.

"Kita berada dalam satu landasan yang paling baik. Seluruh penyokong Kedah menyokong Lang Merah hari ini dan saya fikir lain-lain negeri juga menyokong pasukan kita," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bola sepak adalah sukan paling dekat dengan rakyat Kedah maka tidak hairanlah sambutan diberikan oleh penyokong begitu mengalakkan sehingga kuota 34,000 tiket masih tidak mampu menampung permintaan mereka.

Katanya, selepas ditolak jualan di atas talian sebanyak 4,000 tiket, hanya tinggal baki 30,000 sahaja lagi yang perlu diagih sebaik mungkin untuk dijual.

Menurutnya, pihaknya berusaha untuk menambah baik sistem penjualan tiket pada perlawanan akhir sejak tiga tahun lalu dari semasa ke semasa namun masih gagal memuaskan hati semua pihak.

"Pasukan kita telah masuk ke final Piala Malaysia tiga kali berturut-turut dan kita mengadakan langkah pembaikan dari semasa ke semasa sebenarnya.

"Tetapi apa boleh buat dengan keadaan sekarang, mungkin ke depan Kerajaan boleh bina stadium yang lebih besar untuk lebih 100,000 penyokong bagi memenuhi keperluan tersebut," katanya.

Bagaimanapun beliau meminta semua peminat tidak dapat hadir ke Shah Alam supaya menyaksikannya di layar gergasi di kawasan masing-masing yang disedikan oleh pelbagai pihak untuk memberikan sokongan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.