Berita Terkini
recent

Jamal tarik balik kata-kata, kes saman selesai

Saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos selesai selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu menyatakan kekesalan terhadap kata- katanya dalam insiden kekecohan di Ampang Point Mall, tahun lalu.

Jamal membacakan penghakiman persetujuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, S Nantha Balan.

"Saya dengan ini ingin menarik kembali kata-kata yang hamburkan ketika situasi tegang di Ampang Point Mall kepada Zuraida berhubung dengan penerbitan bertarikh 13 November 2016.

"Saya juga mengaku janji untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan berkenaan insiden itu terhadap plaintif," katanya.

Terdahulu, Nantha berkata, mahkamah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana berjaya menyelesaikan kes melalui mediasi tanpa perbicaraan penuh.

"Terima kasih kerana sikap toleransi kedua-dua pihak," katanya.

Zuraida diwakili peguam N Surendran manakala peguam Mohamed Nasser Yusof mewakili Jamal.

Zuraida memfailkan tuntutan saman itu pada 17 November tahun lalu kerana mendakwa Jamal mengeluarkan kata fitnah dalam insiden hidung berdarah di pusat membeli belah itu.

Dalam pernyataan tuntutan, Zuraida mendakwa Jamal dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.