Berita Terkini
recent

Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami kali ketiga

SELEPAS setahun kehilangan isteri, Datuk Jalaluddin Hassan, 63, kembali bergelar suami apabila menikahi wanita pilihannya, Rapidah Abd Ghani, 44, dengan sekali lafaz, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Lokman Abd Ghani sambil disaksikan Imam 1 Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Ustaz Mohd Faisal Mohd Noor di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, pada jam 10.55 pagi tadi.

Pada upacara itu, bintang filem Panggilan Pulau ini menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala jumlah wang hantaran sebanyak RM12,000.

Pengantin perempuan pula menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000.

Pasangan mempelai tampil dengan sepersalinan rona putih bahkan majlis serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri lebih 100  tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat .

Difahamkan, pengacara Who Wants To Be A Millionaire ini berkenalan dengan Rapidah melalui laman sosial, Facebook, sejak Ramadan lalu.

Rapidah pula seorang ibu tunggal anak empat yang juga merupakan adik kepada rakan karib Jalaluddin.


Sebelum ini, Jalaluddin kehilangan isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan akibat komplikasi pelbagai penyakit di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada 5 November 2016.

Ini merupakan pernikahan ketiga Jalaluddin.

Pernikahan kedua adalah bersama pelakon Ridani Ghani pada 2 Februari 1997. Namun perkahwinan tersebut tidak mampu bertahan lama.

Sepanjang 40 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini memiliki lapan anak dan 14 cucu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.