Berita Terkini
recent

Jack Ma paparkan aksi kung fu

SIAPA kata bilionair tidak boleh berkung fu? Treler rasmi berdurasi enam minit, filem Gong Shou Dao (Seni Mempertahankan Diri dan Serangan) dibintangi pengasas Alibaba, Jack Ma Yun telah disiarkan semalam yang boleh ditonton di laman Facebook rasmi Jet Li yang telah ditonton lebih 5.9 juta.

Filem itu yang dijadual ditayangkan pada 11 November, turut dibintangi pelakon aksi terkemuka Jet Li, Donnie Yen, Sammo Hung Kam-bo, juara tinju Zou Shiming, aktor Thailand Tony Jaa serta bekas juara sumo warga Mongolia, Asashoryu Akinori dan tayangan filem ini sudah pasti membuatkan peminat filem kung fu di seluruh dunia teruja.

Dalam 40 saat pertama tayangan treler filem ini, beberapa mahaguru seni mempertahankan diri berkumpul di sebuah gudang, mempamerkan kemahiran kung fu mereka mengawal dan membuat lontaran bola sesama mereka dan balingan terakhir disambut dengan tumbukan oleh Ma yang menembusi bola itu.

Babak berikutnya memperlihatkan aksi Ma menentang jagoan kung fu seorang demi seorang, dan menunjukkan kebolehan bilionair itu dalam seni mempertahankan diri.

“Tayangan penuh filem ini dijamin sangat menarik,” kata Jet Li yang juga penerbit eksekutif filem tersebut, di laman Facebooknya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.