Berita Terkini
recent

Izreen Tunggu Masa Sesuai Jawab Dakwaan Sudah Nikah

Menerusi laporan Kosmo! aktres Izreen Azminda memberitahu dia akan menjelaskan mengenai spekulasi dia telah berkahwin dengan seorang pemuzik, dalam tempoh terdekat ini.



Ibu anak satu ini dikatakan telah bernikah dengan elaki berkenaan dikenali sebagai R atau nama timangan Ude sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tidak boleh komen apa-apa buat masa ini. Sampai masa yang sesuai saya akan beritahu dalam masa terdekat. Terima kasih” katanya.

Terdahulu, menerusi sebuah portal mendakwa pelakon drama Asam Pedas Pewitt itu bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik bebas yang kini terlibat dalam rancangan Gegar Vaganza musim keempat.

Namun, terdapat khabar angin mengatakan Izreen telah berkahwin berdasarkan status biografi menerusi akaun Instagram miliknya menggunakan nama Mrs.Ude.

Namun, sekitar pukul 6 petang semalam, Izreen telah memadamkannya dan menukar kepada namanya sendiri.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharuddin, 34, pada 2012 dan berpisah sekitar 2014.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Adrian Umar, 4.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.