Berita Terkini
recent

Isu Felda: Rafizi hampir-hampir tepat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mengakui  Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli seorang yang rajin, lebih-lebih lagi dalam isu berkaitan Felda.

"Rafizi rajin...maklumat yang beliau dapat tu hampir-hampir tepat, tapi tak tepat.

"Apa yang boleh saya katakan, sebagai orang yang membantu Felda selepas meggantikan Datuk Ahmad Maslan selepas PRU13, saya akui Felda memang dalam masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel bersama-sama Rafizi dalam program Bicara Bajet 2018 yang disiarkan di RTM, malam ini yang dikendalikan oleh Datuk Dahlan Maamor sebagai moderator.

Menurutnya, Felda yang dinaungi Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menggantikan Tan Sri Isa Samad kini dalam proses pembaikan.

"Kami dalam proses untuk membaiki setiap kelemahan Felda. Malah Felda turut melakukan transformasi tanah-tanah Felda," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut memuji teraju baharu Felda yang disifatkannya lebih baik daripada sebelumnya.

"Saya nampak Felda sedang berubah. Tapi saya akan semak semua berkaitan Felda ini," katanya.

Bicara Bajet 2018  turut menyentuh mengenai bajet yang diperuntukkan kepada Felda untuk manfaat peneroka sedia ada.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.