Ini Janji Super Junior Kalau Jualan Album 'Play' Capai Target

Selepas dua tahun 'berehat' daripada industri muzik KPop, kini kumpulan lagenda tersohor Super Junior kembali mengubat kerinduan peminat dengan album terbaharu berjudul Play dan single Black Suit.

Ia merupakan album kelapan Leeteuk dan kawan-kawan yang ditelah pun dilancarkan sejak 6 November lalu.

Lebih istimewa, penghasilan album tersembut seiring dengan sambutan 12 tahun Super Junior bertapak dalam industri muzik Korea.

Selain menyifatkan "PLAY" merupakan album paling istimewa mereka, Super Junior juga mempunyai target untuk penjualan album baru ini.

"Penjualan album sangat penting kerama kami ingin agar ramai orang menyukai dan mendengarkan album kami.

"Saya ingin membuat janji kalau kami berjaya menjual lebih 300 ribu album. "

"Selepas berbincang dengan anggota lain, kami mempunyai pelbagai idea sebagai menunaikan janji kami.

"Disebabkan lagu utama kami judulnya 'Black Suit' dan Super Junior punya imej yang penuh gaya, kami akan menjual sut hitam kami menerusi online," kata Eunhyuk.

Sementara itu, video muzik "Black Suit" juga dilancarkan pada 6 November kini sudah mencecah hampir 4 juta tontonan di Youtube.
Ini Janji Super Junior Kalau Jualan Album 'Play' Capai Target Ini Janji Super Junior Kalau Jualan Album 'Play' Capai Target Reviewed by Kakigosip on 13:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.