Berita Terkini
recent

Impian Reen Rahim tercapai

AKTRES berbakat besar, Reen Rahim mendedahkan, impian untuk berlakon di samping pelakon yang dikaguminya tercapai dalam masa singkat.

Jelas pelakon berusia 29 tahun ini, ruang oleh penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, dua tahun lalu memberi peluang buatnya bergandingan di samping aktres Nabila Huda.

"Datuk Rosyam beri kepercayaan kepada saya untuk membintangi filem terbitannya, Rempit Sampai Langit dan lebih istimewa saya dimaklumkan Nabila adalah salah seorang pelakon dan saya ada babak bersamanya.

"Ketika itu, saya masih lagi setahun jagung dalam industri selepas keluar dari program Pilih Kasih. Nabila pula, saya dah lama minat dia.

"Saya pernah simpan gambarnya dan bila diberi peluang bergandingan dengan Nabila, saya memang rasa terharu.

"Bekerja dengan Nabila meninggalkan kenangan manis buat saya. Bukan nak bodek, tapi tanyalah siapa sahaja, tentu tahu dengan sikapnya yang easy going," ujarnya baru-baru ini.

Reen juga tidak kisah andai diberi peranan kecil sama ada dalam drama atau filem.

"Dari situ kita dapat lihat dan belajar bagaimana orang lebih berpengalaman dari kita bekerja," katanya yang baru selesai penggambaran Seharum Kasih untuk RTM.

Filem Rempit Sampai Langit akan menemui penonton pada 23 November ini. Filem arahan Silver ini diterajui Ajak Shiro, Tauke Jambu, Jay Iswazir dan ramai lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.