Berita Terkini
recent

Impian Datuk Shake

Penyanyi terkenal mencipta nama di Perancis, Datuk Shake, 67, mencari penganjur dan penaja konsertnya di Kuala Lumpur, Julai nanti.

Shake berada di Kuala Lumpur bersama isteri, Datin Milena Shake Abdullah selama dua minggu bertemu mereka yang sedia bekerjasama menjayakan konsert sempena ulang tahun ke-40 kerjaya seninya.

“Saya yakin peminat di sini dan juga Singapura, Filipina, Indonesia, Brunei dan Eropah akan datang menyaksikan konsert itu.

“Saya juga mahu membawa konsert ini ke Sabah, Sarawak dan Johor. Ramai peminat dari pelbagai bangsa tertunggu-tunggu konsert ini," katanya.

Shake atau Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad gembira kerana selepas menjadi Pengetua Akademi Fantasia 2016 (AF2016) tahun lalu, peminat generasi baru mula mengenalinya.

“Sebelum ini mereka hanya mendengar lagu tetapi tidak mengenali saya,” katanya.

Dalam usia 67 tahun, Shake akui masih sihat dan mahu mengadakan konsert di lokasi tertutup yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 20 ribu orang. Kali terakhir mengadakan konsert jelajah di sini pada 1983.

"Saya akan menyanyikan 28 lagu baru dan popular dalam persembahan selama dua setengah jam. Barisan pemuziknya diterbangkan dari Paris.

“Saya juga mahu mengundang bekas peserta AF2016 mengadakan persembahan nanti. Sudah ada lagu khas untuk dinyanyikan bersama,” katanya.

Selaps ini, Shake akan terbang ke Kana

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.