Berita Terkini
recent

IG Fattah Amin dibanjiri ucapan tahniah

MALAM tadi hangat diperkatakan pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura dikatakan mengadakan sama satu majlis iaitu sama ada bertunang atau bernikah terus.

Tinjauan di Instagram pelakon kesayangan ramai ini, malam tadi Fattah hanya meletakkan sekeping gambar Kaabah berserta status 'semoga semuanya dipermudahkan'. 

Status tersebut telah mengundang pelbagai persoalan di kalangan peminat.  Ada yang mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang kepada Fattah dan Fazura yang dikatakan bakal mengerjakan umrah bersama keluarga masing-masing. 

Ada juga yang mengucapkan tahniah di atas majlis pertunangan atau pernikahan yang berlangsung. 

                 
Namun sehingga hari ini tidak dapat dipastikan apakah yang membuatkan berita pertunangan atau pernikahan tersebut tersebar luas di media sosial. 

Sinar Harian telah menghubungi pihak pengurusan Fattah, namun hanya dimaklumkan pengurusannya akan menyediakan siaran media secepat yang mungkin berkenaan isu tersebut. 

Bagaimanapun, pengurusan Fattah memaklumkan ketika ini Fattah berada di KLIA untuk mengerjakan Umrah bersama keluarganya bermula 15 hingga 23/24 November.

Ditanya mengenai adakah Fazura turut sama dalam rombongan berkenaan, jawapannya, "tiada komen buat masa ini."
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.