Berita Terkini
recent

Hidup Huru Hara Selepas Nombor Telefon Tersebar

Pemandu beca bermotor menyaman pelakon popular Bangladesh, Shakib Khan, kerana menggunakan nombor telefon bimbitnya dalam filem terbaru pelakon itu menyebabkan kehidupannya huru-hara diburu peminat Shakib, terutama wanita.



Ijajul Mia yang baru berkahwin dan tinggal di perkampungan Jatrapasha, Baniachang Upazila, berkata kehidupannya terganggu, malah isterinya menjadi cemburu selepas ratusan peminat wanita Shakib menghubunginya setiap hari.

BBC melaporkan, dia menuntut ganti rugi lima juta taka (RM254,125) dan mahu tayangan filem itu dihentikan sehingga kes berkenaan selesai kerana ia menyebabkan perkahwinannya hampir musnah.

Satu babak cinta filem ‘Rajneeti’ lakonan Shakib yang ditayangkan di pawagam mulai 25 Jun lalu, pelakon itu menyebut nombor telefonnya kepada kekasihnya.

Sejak itu, Ijajul menganggarkan dia menerima hampir 500 panggilan sehari dalam tempoh lima hari pada Julai lalu, daripada wanita yang mahu bertemu Shakib kerana menyangka nombor telefon itu milik Shakib.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.