Berita Terkini
recent

Heechul (Super Junior) Rela Botak

Penyanyi popular Kim Heechul memberi bayangan seolah-olah dia sanggup menjadi botak disebabkan masalah rambut yang dialaminya sejak kebelakangan ini.



'Pengakuan' itu dibuat ketika muncul dalam program Life Bar baru-baru ini selepas dia ditanya oleh hos mengenai sejauh mana kebenaran mengenai pengambilan ubat mengelakkan rambut gugur boleh melemahkan stamina seseorang lelaki itu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, anggota kumpulan Super Junior ini berkata, bergelar seorang idol menuntutya kerap meluntur warna rambutnya.

Justeru dia berjumpa dengan doktor pakar dermatologi dan mendapatkan nasihat mengenai pengambilan ubat bagi mengelakkan rambutnya gugur dan menjadi botak.

Bagaimanapun akui bintang berusia 34 tahun ini, dia ada mendengar mengenai khabar angin tentang kesan sampingan pengambilan ubat tersebut. Justeru dia memutuskan untuk tidak lagi meneruskan pengambilan ubat itu.

"Saya dengar lelaki tidak akan berupaya melakukan (seks) dengan betul apa yang sepatutnya mereka lakukan (sekiranya mereka mengamalkan pengambilan ubat itu), jadi selepas berbincang, saya putuskan tidak lagi memakan ubat itu.

"Jika saya tidak berasa bebas dari rasa (kebimbangan) itu, bagaimana saya perlu teruskan hidup?

"Selepas membuat kajian menerusi internet, saya juga ada membaca, sekiranya berhenti mengambil ubat itu, saya akan kehilangan rambut saya semula," tuturnya

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.