Berita Terkini
recent

Haziq kenang jasa datuk

Bermula daripada Pertandingan Bintang Kecil dan mara ke final dua tahun lalu, Haziq Rozi, 13, kini sudah pun memiliki dua single berjudul Buat Kali Terakhir dan Warkah Untuk Ibu sebagai buah tangan pengenalan.

Haziq Rozi atau nama sebenarnya, Muhamad Amirul Haziq Rozi berkata, dia menyertai Pertandingan Bintang Kecil pada 2014 dan kemudian membuat penampilan kedua tahun berikutnya dan layak ke final sebagai menguji bakat yang dimilikinya.

“Saya bukanlah lahir dari keluarga seni tetapi enam daripada lapan beradik saya terbabit dalam bidang seni yang kebanyakannya dalam bidang tarian. Malah, saya sendiri pun bermula dengan tarian sejak sekolah rendah.

“Minat menyanyi bermula selepas belajar dari arwah datuk, Dzulkaflee Talib. Pada 2014 saya memberanikan diri menyertai pertandingan Bintang Kecil tetapi tewas di peringkat awal. Tahun berikutnya, sekali lagi saya menyertai pertandingan yang sama dan berjaya ke final,” kata anak ketiga dari lapan beradik ini.

Haziq Rozi juga bertuah kerana turut mendapat galakan daripada ibu bapanya. Selain itu, kerjaya Haziq Rozi juga diurus abang saudaranya, Pyan.

Haziq Rozi berkata, single pertamanya dicipta Ezai Aziz, manakala Buat Yang Terakhir adalah lagu khusus untuk arwah datuknya yang banyak memberi tunjuk ajar dan galakan.

Menurut pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Saujana, Port Dickson ini, jika boleh setiap pengambaran klip video, dia lebih selesa membuat pengambaran di Port Dickson sebagai mempromosi Bandar Tentera Darat ini sebagai satu tempat pelancongan yang menarik.

Sementara itu, Pengurus Haziq Rozi, Pyan berkata, single pertama ini baru dilancarkan Ramadan lalu menerusi YouTube dan Facebook.

Menurutnya, Haziq Rozi juga sudah merakamkan single terbaru berjudul Warkah Untuk Ibu ciptaan Azlif Suhaizad Abdullah.

Lagu ini turut dipilih sebagai lagu tema telefilem Menyusur Erti Rindu arahan Yeop Hitler Zami yang bakal ditayangkan Disember ini di TV9.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.