Berita Terkini
recent

'Hati nurani Tun M sangat Melayu'


Mufti Perlis menzahirkan rasa simpatinya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tuduhan mengatakan bekas Perdana Menteri itu, pengkhianat Melayu.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dakwaan itu sewajarnya dinilai semula.

"Saya simpati melihat ada media yang menuduh Tun Mahathir mengkhianati Melayu.

"Setahu dan seingat saya, ditambah dengan pengenalan saya secara dekat dengan Tun M sejak 2007, beliau lebih fikir tentang nasib orang Melayu dibandingkan ramai yang lain," katanya menerusi perkongsian di laman Facebooknya, semalam.

Mahathir yang kini Pengerusi Bersatu menerima kritikan selepas menyertai pembangkang, terutamanya mengenai tindakan beliau yang kembali bersekutu dengan musuh politik lamanya iaitu DAP.

Mohd Asri berkata, beliau  tidak mahu mengulas urusan politik Mahathir dan tidak berminat dengan parti baharunya.

"Saya banyak kali berbual secara peribadi dengan beliau sejak dahulu. Saya kata hati nurani beliau sangat Melayu," katanya.

Menurutnya, perkara itu dinyatakan kerana beliau berasakan wajar bercakap benar.

"Kebencian kita kepada seseorang tidak wajar sehingga kita menzalimi haknya," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.