Berita Terkini
recent

'Harga minyak naik benar-benar cabar kesabaran'

Kenaikan harga minyak diumumkan hari ini dianggap mencabar kesabaran rakyat yang sedia susah dan perit dengan bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga barang keperluan.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kenaikan itu juga memperlihatkan sikap kerajaan tidak mengendahkan teriakan dan rungutan rakyat bawahan.

Susulan itu katanya, Pemuda Pakatan Harapan (Harapan), NGO-NGO dan gerakan anak muda mengambil ketetapan untuk mula berkampung di Parlimen pada jam 12.01 pagi,  21 November ini.

"Kita menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama dalam protes ini bagi memastikan harga bahan api turun dan stabil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.38 seliter dari RM2.31.

Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.66 dari RM2.60 seliter. Harga diesel pula naik 5 sen, menjadi RM2.25 dari RM2.20.

Kesemua harga baharu itu berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 22 November depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.