Berita Terkini
recent

"Harap Penonton Tidak Terlalu Obses" - Farah Nabilah

Bintang drama Titian Cinta, Farah Nabilah mengakui dengan laporan beberapa portal berita mengenai kejadian pembunuhan dipercayai akibat terpengaruh adegan dalam drama lakonanya itu.



Memetik laporan mStar online, wanita berusia 25 tahun ini berharap penonton tidak mudah terpengaruh dengan apa yang ditonton di televisyen.

"Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

"Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

"Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat," katanya.

Drama yang bersiaran di slot Akasia TV3, arahan Heykal Hanifah itu sudah pun berakhir pada 30 Mac lalu. Karya yang diadaptasi daripada novel itu turut dibintangi pelakon Zul Ariffin, Daler Yusof, Tisha Shamsir, Dian P.Ramlee dan Marisa Yasmin.

Dalam pada itu, Farah menjelaskan dia tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Zul sebaliknya keserasian yang dipamer dalam drama berkenaan hanyalah lakonan semata-mata.

"Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

"Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

"Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.