Berita Terkini
recent

Haqiem tepis kritikan netizen

Penyanyi remaja popular, Haqiem Rusli menepis dakwaan dia mengabaikan aspek penampilan apabila wajahnya berjerawat seperti diperkatakan netizen di laman sosial, baru-baru ini.

Menurut Haqiem, 19, yang popular dengan lagu Tergantung Sepi, pada peringkat awal dia memang berasa sedikit tertekan dengan kritikan netizen itu.

“Saya dapat tahu mengenai kritikan itu selepas membuat persembahan pada minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 sebelum ini.

“Saya tertekan apabila mereka mendakwa saya tidak mampu membeli ubat jerawat tetapi mampu beli kereta pula.

“Namun, lama-kelamaan saya sudah okey dan tidak mahu cepat melatah dengan kritikan netizen itu,” katanya.

Ditanya mengenai masalah jerawatnya itu, kata Haqiem, dia juga sudah berjumpa doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Doktor juga memberitahu masalah jerawat di wajah saya ini kerana perubahan hormon dan ia adalah perkara biasa untuk remaja seusia,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, Haqiem juga mengakui dia baru saja membeli kereta idamannya iaitu Mitsubishi Lancer secara tunai yang juga kereta idamannya sejak dulu.

Menurutnya, kereta itu dibeli hasil wang simpanannya sejak berkecimpung dalam bidang nyanyian hampir dua tahun lalu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.