Berita Terkini
recent

GV4 medan Tia Jinbara bukti kemampuan

NAMA Syamsul Bakhtiar Zakaria barangkali agak asing bagi sesetengah peminat seni suara. Tapi jika disebut Tia, pasti ramai yang mengenalinya sebagai vokalis Jinbara.

Bersama kumpulan ini, Jinbara cukup dikenali menerusi lagu Kasihnya Laila, Farhana, Zakiah, Hilang dan banyak lagi.


Selepas sekian lama menyepi dari arus populariti, Tia membawa nama Jinbara dan menyertai program yang mendapat sambutan hangat, Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Menurut penyanyi berusia 47 tahun ini, matlamat utamanya sebagai membuktikan dia mampu membawa lagu pelbagai genre.

“Sejujurnya ketika awal penerbitan program ini dulu, saya pelik dan tidak setuju apabila melihat penyanyi yang pernah ada nama menyertai pertandingan dan kemudian ada juri menilai.

“Tapi bila program ini bermula, saya lihat program ini bagus dan secara tidak langsung membantu penyanyi yang lama menghilang ini rebranding semula nama mereka.

“Jadi bila saya cuba, hadiri uji bakat dan dapat peluang menyertai untuk musim keempat ini, saya ambil peluang ini dan walaupun tak menang, mana tahu orang akan ingat semula dengan Jinbara serta rezeki akan semakin bertambah,” ujarnya kepada Media Hiburan.

Tambah Tia, sejak kecil, dia amat meminati bidang muzik dan sering mendengar pelbagai genre lagu termasuk lagu asli dan banyak bergaul dengan rakan sebaya apabila remaja menambahkan lagi minatnya terhadap genre rock.

Justeru, katanya Tia, dia mahu mencuba pelbagai jenis lagu buktikan  boleh menjadi penyanyi yang versatil.

Ditanya genre lagu manakah yang paling bimbang untuk di bawa, Tia berkata, genre yang paling sukar buatnya adalah R&B.

“R&B ni ada lenggok dia dan ada blues sedikit. Berbanding rock dia jenis kuat. Jadi ia agak membimbangkan saya kalau diberi tugasan menyanyikan lagu R&B.

“Tapi saya akan cuba yang terbaik jika dapat. Saya kira ia sebagai salah satu cabaran yang perlu saya lalui,” katanya yang menyifatkan kesemua peserta mempunyai kehebatan masin-masing.

Sementara itu, ditanya perkembangan dan penerimaan Jinbara apabila dia menyertai GV4, Tia berkata, dia mendapat sokongan padu dari ahli Jinbara yang lain.

“Sebenarnya saya dan Jinbara sudah lama tiada show bersama kerana sekiranya ada undangan pun, hanya saya yang diminta untuk hadir.

“Kami pun dah lama tidak tampil dengan single baru dan seperti yang saya katakan tadi, saya harap selepas GV4 nanti rezeki kami akan bertambah dan saya juga rancang untuk keluar dengan single baru,” katanya yang selesa bersama kumpulan ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.