Berita Terkini
recent

Guru Vokal Belum Tentu Menang – Ernie Zakri

MENJADI guru vokal bukan satu kelebihan buat penyanyi Ernie Zakri untuk memenangi vokal terbaik jika berpeluang ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32.

Ernie, 25, berkata dia mempunyai keinginan untuk memenangi anugerah tersebut namun ia terpulang kepada juri yang menilai setiap persembahan itu.

"Kalau ada rezeki semestinya saya nak menang vokal terbaik. Cumanya saya tahu persaingan sangat hebat.

"Saya memang fokus pada vokal. Tapi juri menilai pada lagu, persembahan dan juga lirik.

"Tapi tak semestinya saya mengajar vokal boleh menang," kata Ernie.

Bagi separuh akhir Muzik-Muzik 32, penyanyi Siti Nordiana, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem dan Sufi Rashid memasuki kelas vokal Ernie.

Biarpun mereka bersaing di satu pentas yang sama, Ernie tidak pernah melebihkan diri sendiri daripada anak didiknya.
.
"Persiapan vokal itu sama rata sahaja. Kebetulan rezeki saya dapat minggu terakhir dapat fokus pada mereka yang bersaing di minggu pertama dan kedua.

"Tak ada timbul soal lebihkan saya atau mereka. Apa yang mereka ada masalah dalam lagu tersebut, saya akan betulkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ernie gementar untuk berada di pentas separuh akhir yang akan berlangsung pada minggu ketiga pada 12 November ini.

Menurutnya, dia terasa tekanan namun sudah bersiap sedia untuk melakukan yang terbaik bersama duetnya, Syamel AF menerusi lagu Aku Cinta.

"Sebenarnya sejujurnya saya sangat takut walaupun tahun lalu saya pernah berada di pentas separuh akhir bagi menggantikan Tasha Manshahar.

"Tapi tahun ini lebih serius sebab lagu sendiri dan Syamel. Tambahan pula kali pertama kami berdua jejak kaki di pentas tersebut.

"Saya rasa tekanan itu tapi alhamdulillah persiapan itu sudah ada tapi kena buat latihan lagi," katanya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.