Berita Terkini
recent

Gaji diminta Marcote bersesuaian, ECK akan jumpa KFA

PENAJA utama pasukan Kedah, ECK akan menghubungi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkenaan bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote yang akan cuba dibawa masuk untuk mengendalikan pasukan itu pada musim hadapan.

Ketua Pegawai kewangan ECK Development Sdn Bhd, Puan Sri Datin Ginney Chew berkata, usaha itu adalah salah satu cara pihaknya merealisasikan hasrat penyokong Kedah untuk membawa jurulatih itu kembali ke negeri ini.

Dalam pada itu memetik kenyataan sebuah portal berita, beliau juga akui sudahpun menghubungi Marcote.

Menurutnya, pengendali dari Sepanyol itu menjelaskan KFA belum menghubunginya lagi untuk membincangkan perkara tersebut.

jelasnya, gaji yang diminta oleh Marcote bersesuaian kerana baginya sokongan peminat adalah jauh lebih penting.

Dalam status terbarunya di Facebook rasminya, Ginney mengakui beliau kagum dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan penyokong pasukan tersebut apabila 26,000 memberi tanda suka (likes) sehingga lebih kurang jam 9 malam inii.

"Terima kasih kepada seluruh rakyat dan penyokong Kedah yang sentiasa menyokong dan setia bersama pasukan Kedah. Anda semua sudah membuktikan bahawa bola sepak dapat menyatu padukan semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Tahniah kepada semua anak Kedah yang menyahut cabaran saya 25,000 likes untuk membawa masuk kembali Ramon Marcote Pequeno “Marco”ke pasukan Kedah.

Saya menghargai sokongan anda semua dan saya akan menghubungi KFA mengenai hal ini. Saya akan cuba sehabis baik untuk anda semua. Proud To Be Kedahan," katanya.

Ginney telah memuatkan status di facebook rasminya dan jika berjaya mendapatkan 25,000 like beliau akan mencadangkan nama Marcote kepada KFA.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.