Berita Terkini
recent

Fouziah Gous selamat bersalin anak lelaki kedua

PELAKON dan ahli perniagaan, Fouziah Gous telah selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki malam tadi.

Berita ini dimaklumkan oleh suaminya Mohd Zhafran Md Yusof kepada Sinar Harian.

"My Utmost Gratitude to Allah Swt,the Beneficent ,the Merciful Alhamdulillah, Dear geniuses, My beloved Amazing beautiful wifey has safely delivered an Awesome Handsome Hero," tulisnya melalui WhatsApp. 

Anak kedua bagi pasangan ini yang masih belum diumumkan namanya dilahirkan malam tadi (9 November) pada jam 8.15 malam seberat 3.04kg.

Fouziah yang juga merupakan bekas pengacara program Nona berkahwin dengan Zhafran pada 21 September 2013.

Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan yang bakal menginjak usia dua tahun pada 26 November ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.