Berita Terkini
recent

Finas Iktiraf Kecemerlangan Wartawan Hiburan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan (WHAM) dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) buat pertama kalinya meraikan kecemerlangan penulisan dan laporan pihak wartawan hiburan di dalam mendukung pembangunan industri filem dengan penganjuran Anugerah Kewartawan Industri Filem Malaysia (AKIFMA) 2017.



Majlis yang akan berlangsung pada 24 November, Jumaat ini jam 8.00 malam di Hotel ParkRoyal, Kuala Lumpur ini dijangka dihadiri tetamu kehormat, YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selain itu, majlis ini bakal mempertemukan semula nama-nama besar dalam dunia penulisan kewartawan hiburan akhbar dan majalah bermula dari era 80-an sehingga kepada wartawan yang masih bertugas di media popular hari ini.

Bakal memberi pengiktirafan melalui penganugerahan 12 kategori utama termasuk Anugerah Khas Tokoh Wartawan Hiburan, penerima AKIFMA 2017 yang dinilai barisan juri profesional.

Ini berdasarkan penulisan dan laporan wartawan hiburan berkaitan industri filem tempatan dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Oktober 2017.

Menurut Pengerusi FINAS, YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib majlis anugerah yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah penghargaan kerajaan melalui Finas di atas idea, usaha dan aspirasi pihak wartawan sebagai jentera pembangunan industri.

" Impak positif kewartawanan yang kritis dan kreatif secara jangka panjang amat penting bagi membantu kerajaan menjana kepada pembinaan masyarakat yang berilmu dan cintakan industri filem itu sendiri," kata Khusairi.

12 Kategori Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia

(Setiap Penerima Bakal Membawa Pulang Trofi, Sijil dan Wang Tunai)

1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik
2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda
3. Anugerah Khas Juri 1
4.Anugerah Khas Juri 2
5.Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem
6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik
7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik ( Media Baharu)
8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen)
9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Cetak)
10. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1
11.Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2
12. Anugerah Tokoh Wartawan Hiburan

AKIFMA 2017 bakal menampilkan primadona filem Melayu era 80-an dan 90-an, Fauziah Datuk Ahmad Daud sebagai pengacara yang buat pertama kalinya bergandingan dengan Abam Bocey.

Sementara antara penyampai anugerah di adalah Datuk Rosyam Noor, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Seri Shah Rezza dan ramai lagi nama-nama besar dalam kewartawanan hiburan antaranya, Saodah Ismail, Sarimah Hussain, Zubairi Zabidin dan ramai lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.