Ferrari Milik Dok2 Kena Curi, Hampir Dilelong

Penyanyi rap popular Dok2 mengalami nasib malang kerana salah sebuah kereta mewah miliknya hilang baru-baru ini.



Memetik laporan media Korea, hasil siasatan polis mendapati kenderaan jenis Ferrari yang mencecah nilai 400 juta Won (kira-kira RM1,509,873) itu nyaris dijual dipasaran haram kenderaan terpakai.

Kejadian tersebut berlaku selepas Dok2 meminjamkan kereta itu kepada seorang rakannya dikenali sebagai A.

Malangnya A kemudian ditipu oleh serang individu yang mendakwa dia menjalankan perniagaan kerata sewa. Dia telah memperdaya A dengan mengatakan akan membayar 1juta Won untuk menyewa kereta Dok2 selama sehari.

Namun rupa-rupanya kereta itu telah diserahkan ke pihak yang menjalankan perniagaan haram kereta terpakai.

Mujur sistem keselematan GPS di pasangan dalam kenderaan itu mengirimkan pesan peringatan kepada Dok2. Sebaik saja menerima pesanan itu Dok2 segera menghubungi pihak polis bagi mendapatkan kembali keretanya.

Sementara itu, Dok2 memang dikenal antara selebriti yang mempunyai koleksi mewah. Setakat ini dia memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk Ferarri.

Ferrari Milik Dok2 Kena Curi, Hampir Dilelong Ferrari Milik Dok2 Kena Curi, Hampir Dilelong Reviewed by Kakigosip on 13:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.