Berita Terkini
recent

'Fattah, jaga Fazura kami sebaiknya'

NETIZEN menghujani selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin dengan ucapan tahniah setelah pasangan itu selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam semalam.

Menerusi laman mikro, Twitter, turut kelihatan hasgtag seperti #Fattzura dan #fattzuratiedtheknot bagi peminat pasangan tersebut mengucapkan tahniah.

Dalam pada itu, pengguna Twitter, Fazbulous Warriors meminta Fattah dapat menjaga Fazura dengan baik.

"Syukur Alhamdulillah, tahniah kepada Fazura dan Fattah. Selamat Pengantin Baru dan semoha diberkati hingga ke syurga.

"Kepada Fattah, jaga Fazura kami sebaiknya ya," tulisnya.

Turut mendoakan pasngan tersebut merupakan pengguna Twitter, Zafirah Zainuddin.

"Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Fattah dan Fazura. Jagalah bahtera rumah tangga kalian berdua, sebaik-baiknya," tulisnya.

Pengguna Twitter, Nazrul Azizi, dia memuji sikap pasangan itu sebelum melangsungkan perkahwinan.

"Barakallah kepada Fattah dan Fazura atas perkahwinan, semoga hingga ke jannah. 'inspire' mereka berdua ini, pergi umrah dulu, bersihkan hati kerana nikah merupakan majlis agama bukannya majlis berbentuk sosial sahaja," tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa terdapat

kisah dongeng yang boleh jadi realiti.

"So fairytales do come true! Hero Seorang Cinderella sudah menjadi kenyataan sekarang. Tahniah kepada pasangan kegemaran saya. Barakallah #Fattzura, semoga sampai ke jannah, Insya-ALLAH," tulisnya.

Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.55 malam tadi dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.