Berita Terkini
recent

Fattah, Fazura Bakal Jawab Dakwaan Kahwin Rahsia

Spekulasi mengenai pernikahan pelakon popular Fattah Amin dan aktres jelita Nur Fazura nampaknya akan terjawab dalam masa terdekat ini.

Menerusi satu kenyataan media diterima, pasangan yang kini dalam perjalanan ke Mekah ini akan mengadakan satu sidang media khas sekembalinya mereka daripada selesai mengerjakan umrah.

Majlis sidang media tersebut akan diadakan pada 23 November ini.

Berikut antara isi kandungan kenyataan akhbar yang diterima Malaysian Digest, sebentar tadi.

"Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

"Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017.

"Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," - Fattah Amin & Fazura.

Difahamkan, perjalanan Fattah dan Fazura ke tanah suci turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.

Sejak malam tadi kecoh mengenai desas-desus mengatakan pasangan ini telah pun selamat bernikah dalam diam. Majlis diadakan di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya. Namun tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah tuan empunya diri.

Semoga pasangan ini dapat menunaikan ibadah umrah dengan lancar. Para peminat di Malaysia, kita nantikan saja perkhabaran gembira dari mereka nanti.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.