Berita Terkini
recent

Faizal bersyukur biarpun tewas

PENYANYI dan komposer terkenal Faizal Tahir mengakui tidak berasa kecewa apabila gagal memenangi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik pada anugerah berprestij MTV

Europe Music Awards (EMA) London 2017, baru-baru ini.

MTV (EMA) dipersembahkan oleh MTV Networks Europe dan bersiaran secara langsung dari London pada 13 November (Isnin) lalu.

Pada majlis anugerah itu, Faizal tewas pada artis dari Filipina, James Reid yang menjuarai kategori berkenaan pada tahun ini.

"Secara peribadi, saya memang tidak menaruh harapan untuk menang pada peringkat awal dicalonkan dalam anugerah berprestij itu.

"Apabila dapat tahu nama dicalonkan, ramai rakan dalam industri muzik tanah air beri sokongan pada saya.

"Namun, saya seorang yang realistik dalam hal ini kerana pencalonan dalam Anugerah Juara Lagu di negara ini pun saya tidak pernah menang.

"Pada masa sama, anugerah ini juga berdasarkan undian dari peminat negara masing-masing dan bukan menilai bakat seseorang penghibur itu," katanya.

Apapun, kata Faizal, dia tetap bersyukur kerana dua kali dicalonkan dalam anugerah berprestij itu.

"Sebagai penyanyi pastinya saya bersyukur kerana nama dicalonkan dalam anugerah berprestij itu kerana ia pengiktirafan untuk karier muzik di peringkat antarabangsa," katanya.

Barisan calon dari negara lain yang turut bertanding dalam anugerah berprestij itu ialah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Sebelum ini, Faizal pernah dicalonkan dalam kategori sama pada 2015 tetapi kategori itu dimenangi penyanyi dari Vietnam, Son Tung M-TP.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.