Berita Terkini
recent

Fad Bocey timang anak ketiga

PELAWAK Fad Bocey mengucapkan syukur di atas kelahiran anak ketiganya iaitu seorang puteri awal pagi tadi.

"Bismillahirrahmanirrahim... syukur Alhamdullilah pada tanggal 19/11/17  hati Ahad yang bahagia ini, tepat jam 6:57 pagi kami selamat menyambut puteri kami.  Yeayy mummy dah ada kawan.  Terima kasih mummy. Love you so much," tulis Fad.

Berita gembira ini dikongsikan di laman sosial medianya.

Sebelum ini menurut Fad, Nur Syahirah A. Rahman dijangka bersalin sekitar 25 November ini, namun dalam tempoh ini dia sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan isterinya itu.

Apatah lagi baru-baru ini, isterinya ditahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam kerana mengalami konstraksi, namun kini berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Jika sebelum ini Fad dan isteri dikurniakan sepasang anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 2, kini pula sebaliknya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.