Berita Terkini
recent

Fad Bocey berdebar tunggu cahaya mata ketiga

DALAM pada sibuk dengan jadual kerjanya yang padat, pelawak Fad Bocey kini sedang dalam debaran menantikan kelahiran cahaya mata ketiganya. 

Menurut Fad, isterinya Nur Syahirah A. Rahman dijangka bersalin sekitar 25 November ini, namun dalam tempoh ini dia sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan isterinya itu.

Apatah lagi baru-baru ini, isterinya ditahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam kerana mengalami konstraksi, namun kini berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Jika sebelum ini Fad dan isteri dikurniakan sepasang anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 2, kini pula sebaliknya.

“Kali ni ada satu 'baby' sahaja, tetapi apa jantinanya biarlah rahsia dulu. Apa yang penting baby dan isteri dalam keadaan yang sihat walafiat,” kata Fad. 

Fad atau sebenarnya Fadzlie Nizam mendirikan rumah tanggan bersama Syahirah yang juga adik angkat kepada pelakon dan pelawak Jihan Muse di Jitra Kedah pada 14 Mac 2015.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.