Berita Terkini
recent

Ezzaty Abdullah bakal timang anak perempuan

PELAKON Ezzaty Abdullah mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan dan usia kandungan kini mencecah 35 minggu.

Ezzaty berkata, kali pertama melakukan imbasan adalah ketika kandungan berusia lima bulan.

Namun, selepas tiga kali imbasan barulah dia dan suaminya, pelakon Azwan Kombos bersedia berkongsi berita gembira itu.

“Suami insan paling gembira dan teruja apabila doktor mengesahkan jantina bayi kami. Dia sememangnya mahukan anak perempuan.

“Setiap hari kami akan keluar membeli barang keperluan bayi. Banyak juga yang dibeli, itu belum lagi campur yang diberi keluarga, rakan dan peminat,” katanya.

Ezzaty berkata, dia dan suami ada menerima tawaran produk barangan bayi yang ingin bekerjasama dengan mereka.

“Kami masih berbincang dan belum ada keputusan muktamad. Jika sudah capai kata putus, saya akan maklumkan nanti,” katanya.

Ezzaty yang dijangka bersalin pada Disember ini berharap semua peminat mendoakan kesihatannya dan bayi dalam kandungan.

“Walaupun belum dilahirkan, bayi kami sudah ada akaun Instagram menggunakan nama @aeffection.jr dan setakat ini sudah ada 5,000 pengikut,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.