Berita Terkini
recent

Ellie Suriaty kagum semangat ibu

PELAKON dan pengarah, Ellie Suriaty Omar kagum dengan semangat positif ibunya, Noriah Md Ali walaupun disahkan lumpuh separuh badan, hampir sebulan lalu.

Katanya, ibunya yang berusia 75 tahun itu masih boleh tersenyum dan ketawa bahkan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

"Ibu memang ada kencing manis, tapi dia seorang yang aktif, kuat dan banyak bergerak.

"Saya memang terkejut bila ibu disahkan lumpuh separuh badan selepas diserang strok sekali gus menyebabkannya hilang upaya untuk makan, bercakap dan berjalan.

"Tapi, apa yang awesome tentangnya, dia masih boleh senyum dan ketawa. Dia tetap positif," katanya pada Sinar Harian.

Akibat keadaan itu, Ellie membawa ibunya menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), sejak tiga minggu lalu.

"Ibu tak boleh makan tapi hanya minum susu yang disarankan oleh doktor melalui tiub.

"Saya tak sabar menunggu dia balik dan kami juga akan menjaganya nanti," katanya.

Dalam pada itu, Ellie juga mengakui terkejut apabila dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2017 (ASK2017), baru-baru ini.

"Saya memang tak jangka akan menang. Lagipun, saya dah jarang berlakon kerana memberi tumpuan pada sektor pengarahan dan penulisan skrip.

"Tapi, cerita itu memang kelakar dan saya juga seronok bekerja. Alhamdulillah," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.