Berita Terkini
recent

Ekspresi sayang untuk anak gadis

Walaupun sudah lebih setahun diterbitkan, lagu ini baru mendapat tempat dalam industri muzik Indonesia dan mula menular ke Malaysia.

Mungkin kerana rentaknya yang tidak terlalu berat, lagu Surat Cinta Untuk Starla mencuri perhatian ramai.

Pada pertengahan Mei lalu, lagu ini pernah mencatat sejarah dalam industri muzik negara itu kerana menjadi video muzik lagu tempatan pertama meraih 100 juta tontonan di YouTube.

Sentuhan kreatif Virgoun tidak perlu dipertikai lagi apatah lagi dia memiliki pendidikan formal kejuruteraan muzik.

Di samping menggunakan muzik yang ringkas, Surat Cinta Untuk Starla menyelitkan bunyi mesin taip yang mencipta kelainan.

“Ini adalah salah satu elemen yang saya masukkan untuk disesuaikan dengan judul lagu ini. Saya memang gemar bereksperimen dengan bunyi-bunyian dan untuk lagu ini ternyata ia menjadi,” katanya ketika hadir ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dari segi lirik, Virgoun berjaya menyampaikan rasa cinta dan sayang buat anak perempuannya, Starla Rhea Idola Virgoun.

“Ini salah satu cara saya untuk mengekspresikan perasaan terhadap anak perempuan saya. Jadi, lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya,” katanya.

Di Malaysia, Virgoun sudah mula mencuri tumpuan ramai peminat. Dia juga semakin yakin mengorak langkah sebagai penyanyi solo.

“Sebelum bergerak solo, saya adalah vokalis band Last Child dan band itu masih bergerak aktif dalam industri. Tapi, buat masa sekarang, saya berikan masa kepada diri saya untuk mencuba nasib sebagai penyanyi solo,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.