Berita Terkini
recent

Ed Sheeran pernah patah kedua-dua tangan

"SEBAGAI seorang pemuzik, patah kedua-dua belah tangan adalah sesuatu yang amat mendukacitakan," berikut merupakan luahan penyanyi, Ed Sheeran mengenai tragedi yang menimpa dirinya bulan lepas.

Katanya, kejadian tersebut juga membuatkan dia tidak dapat bermain alat muzik kesukaannya iaitu gitar.

"Bulan lepas, saya patah kedua-dua belah tangan saya, insiden itu membuatkan saya juga tidak dapat bermain gitar, ia sangat menyedihkan," katanya ketika Ed Sheeran Live In Kuala Lumpur 2017, semalam.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu 'perfect' tersebut terlibat dengan kemalangan kecil ketika berbasikal menyebabkan kedua-dua tangannya patah.

Susulan itu, beberapa konsert jelajahnya terpaksa dibatalkan dan dijadualkan semula.

Sementara itu, Ed turut menyatakan rasa terharu beliau terhadap sokongan peminat yang tidak putus-putus sepanjang karier nyanyiannya.

"Siapa sangka, anak muda yang minat menyanyi dan bermain gitar dari West Yorkshire, kini dapat menyanyi di depan puluhan ribu orang.

"Dulu, saya berharap kalau jualan tiket sebanyak 200 pun dah cukup gembira tapi sekarang, orang ramai sama-sama nyanyi lagu saya, ini sangat mengharukan," katanya lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.