Berita Terkini
recent

DJ Lin dilantik Pengurus Program Suria FM

PENYAMPAI radio wanita kesayangan ramai, DJ Lin kini dilantik sebagai Pengurus Program Suria FM bermula 1 November lalu.

DJ Lin sebelum ini merupakan Penolong Pengurus Program dan Penyampai Senior sebelum diberi tanggungjawab sebagai Pemangku Pengurus Program Suria FM.

"Alhamdulillah masih banyak yang saya kena belajar terutama dalam bidang pengurusan," kata DJ Lin mengulas pelantikannya itu.

Sementara itu, DJ Lin juga sudah membuat perancangan strategi bagi Suria FM sepanjang tahun hadapan dan masa akan datang.

"Pertama sekali saya nak perkukuhkan lagi team programming di Suria FM. Saya akan bawa masuk beberapa individu-individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tugas tertentu.

"Selain tu, saya tengok balik aspek pemilihan dan penyusunan lagu yang diputarkan di Suria FM. Sesuaikan apa yang patut mengikut formula DJ Lin," jelasnya.

Selain mempertaruhkan lagu-lagu yang hit dimainkan di Suria FM bermula era 90an hingga terkini, DJ Lin juga menitikberatkan aspek kandungan lebih segar, kreatif, dari segi pemihan topik, tetamu, 'sweapers', PSA dan 'features' (mini segmen yang terdapat dalam slot).

"Dari segi penyampai pun insya-ALLAH akan ada gandingan muka-muka baru di Suria tapi yang telah 'establish' dari segi karier mereka sebagai penyampai radio di Malaysia.

"Radio 'contest' pun yang lebih interaktif dan 'attractive'. Selain itu dibantu dengan aktiviti 'ground event' untuk mendekatkan penyampai Suria FM dengan pendengar," katanya.

Berkenaan tugasnya yang cukup berjaya membina pengaruhnya sendiri di Suria Cinta, setakat ini jelasnya, program tersebut masih di bawah kendaliannya.

"Buat masa ini pihak pengurusan masih memerlukan DJ Lin utk terus kendalikan slot Suria Cinta disebabkan rating program tu sendiri dan respons yang tinggi daripada pendengar.

"Tapi mungkin nak kena 'standby' juga pengganti DJ Lin untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang.

"Maknanya DJ Lin akan mencari 'DJ LIN Junior' untuk meneruskan legasi Suria Cinta yang kini telah mempunyai 'trademark' dan empayarnya yang tersendiri," ujar DJ Lin.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.