Berita Terkini
recent

Ditahan Bukan Sebab Dadah

Pelakon drama web bersiri popular Stranger Things, Charlie Heaton memohon maaf kepada peminatnya berikutan insiden dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles atas dakwaan membawa dadah jenis kokain.

"Perjalanan saya yang dirancangkan ke Amerika Syarikat minggu lalu terjejas oleh masalah di imigrasi di sana, dan saya berusaha menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin," kata jejaka berusia 23 tahun manun tidak menyebut apa-apa berkaitan dadah dalam kenyataannya.

Beliau juga menegaskan bahawa dirinya tidak ditahan dan masalah yang dialami tiada kaitan dengan unsur jenayah.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak ditangkap atau dipertanggungjawabkan atas kesalahan jenayah, dan saya bekerjasama sepenuhnya dengan pegawai AS di LAX.

"Saya minta maaf kepada semua peminat dan keluarga 'Stranger Things' kerana 'kehilangan' saya ini.

"Kami semua sangat berbangga dengan musim ini dan saya tidak mahu berita tentang saya ini memberi impak yang negatif terhadap drama tersebut," katanya.

Menerusi Stranger Things, Heaton memainkan watak sebagai Jonathan Byers, anak lelaki pada watak Winona Ryder.

Baru-baru ini dia membintangi filem seram berjudul Marrowbone. Dia juga akan muncul sebagai Cannonball dalam filem superhero, The New Mutants.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.