Berita Terkini
recent

Daripada Barista Jadi Pemain Nombor Satu Dunia

Siapa sangka, seorang barista dikenali sebagai Tosh Chan sebenarnya mempunyai bakat terpendam boleh berlakon. Itu dibuktikan menerusi lakonan dalam filem biografi berjudul Lee Chong Wei yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Lebih membanggakan buat anak muda berasal dari Johor Bahru ini kerana dia diberi kepercayaan menghidupkan watak sebagai jaguh badminton nombor satu dunia itu selepas bersaing dengan seramai 2000 individu yang menghadiri untuk mendapatkan peranan tersebut.

"Saya sangat berterima kasih kepada pengarah dan datuk Wira Lee Chong Wei kerana mempercayai saya dan memberi saya peluang ini. Saya datang ke sesi ujibakat kerana mahu mencuba nasib lagipun sejak kecil saya sangat meminati Chong Wei.

"Ketika pertama kali mendengar berita saya terpilih untuk melakonkan karakter beliau, pada mulanya saya fikir ia hanya satu gurauan.

"Ini pertama kali saya berlakon, saya sangat teruja. Saya sudah berikan yang terbaik dan berharap penonton Malaysia boleh menerima lakonan saya," katanya ketika di temui pada sidang media filem trsebut baru-baru ini.

Diarahkan sutradara Teng Bee, karya terbitan CB Pictures Sdn Bhd ini memaparkan perjalanan kisah hidup Lee Chong Wei dari zaman kanak-kanak sehingga usia 22 tahun iaitu di awal-awal kejayaan beliau meraih gelaran pemain nombor satu dunia.

Sementara itu berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran, Tosh berkata cabaran besar yang dilalui apabila terpaksa menjalani latihan bermain badminton serta mempelajari kemahiran dan skil Lee Chow Wei.

"Semua orang kenal dan tahu bagaimana Chong Wei bermain badminton. Walaupun saya mempunyai asas dan selalu bermain badminton tetapi saya harus berusaha keras untuk menjadi pemain yang terbaik dan profesional seperti beliau.

"Proses menjalani latihan bermain badminton adalah yang paling susah bagi saya tambahan saya perlu mempelajari skil-skil yang dimiliki beliau," tutur pemuda berusia 22 tahun ini.

Mengenai penghayatan watak, Torch memberitahu dia mendapat banyak tunjuk ajar daripada pengarah selain mengikuti kelas lakonan selama dua bulan.

Kata Tosh, walaupun tidak berkesempatan bertemu secara peribadi dengan Chong Wei sebelum penggambaran namun dia ada berjumpa dengan ibu ahli sukan itu dan banyak bertanya mengenai bagaimana kehiduan dan sikap Chong Wei ketika masih di sekolah menengah.

"Dismaping bantuan dariada pengarah, saya juga ada membuat kajian saya sendiri. Selain itu sempat berjumpa ibu beliau dan dia lah yang banyak berkongsi kepada saya mengenai sikap dan bagaimana kehidupan anaknya terutama sewaktu di sekolah menengah.

"Sepanjang melakonkan watak ini, antara perkara yang saya belajar tentang Lee Chong Wei ialah sikap beliau yang tidak pernah berputus asa," tuturnya .

Dalam pada itu Tosh juga berkata, dia juga sangat menghargai bantuan serta tunjuk ajar daripada Rosyam Nor terutama dari segi penggunaa Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Rosyam turut berlakon dalam filem ini menjayakan watak jurulatih Datuk Misbun Sidek.

"Saya gembira dapat peluang berkerja dengan Rosyam Nor. Dia banyak mengajar saya terutama bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekarang pertuturan saya dalam bahasa Melayu sudah semakin baik berbanding dulu.

Ditanya sama ada dia bersedia menerima kritikan serta mejalani kehidupan lebih popular selepas filem tersebut ditayangkan nanti, sambil tersenyum Tosh berkata dia sudah bersedia.

"Ya, saya sudah bersedia dengan kritikan dan penilaian penonton terhadap lakonan saya. Saya sudah berikan yang terbaik dan berharap lakonan saya diterima.

"Popular? (gelak). Kalau jadi popular saya okay saja tetapi saya akan memastikan yang saya sentiasa bersikap merendah diri," katanya yang kini masih lagi berkerja sebagai barista di sebuah kafe di Singapura.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.