Berita Terkini
recent

Dakwaan Muflis Tidak Benar - Ahmad Idham

Desas desus produksi milik Ahmad Idham Nadzri iaitu Aifa Motion Pictures didakwa muflis tidak benar selepas pengarah dan penerbit filem itu sendiri mengesahkan syarikatnya itu masih beroperasi seperti biasa.

“Kami masih beroperasi seperti biasa, malah pejabat urusan saya akan berpindah ke lokasi lebih besar dan selesa selepas ini.

“Apabila saya senyap selepas filem Pencuri Hati Mr Cinderella, ada yang beranggapan saya sudah muflis. Itu tidak betul sebenarnya,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Menurutnya, syarikatnya juga bakal menerbitkan drama mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat berjudul Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib, awal tahun depan.

Idham berkata, dia juga sibuk mengendalikan Aifa Skills Academy yang bakal memasuki fasa baru dengan mewujudkan program Diploma Pendidikan Khas (Kemahiran) yang bakal dilancarkan Khamis ini.

Aifa Skills Academy adalah pusat bertauliah pertama di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang menjalankan program pendidikan khas di Malaysia.

Ia mendapat kerjasama sekolah pendidikan khas elit antarabangsa iaitu Sekolah Pendidikan Khas Saint Claire di Singapura dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.