Berita Terkini
recent

Dah Mula Rindu Keindahan dan Ketenangan Kota Makkah

Perasaan gementar dan takut penyanyi dan pelakon Marsha mahu mengerjakan umrah di Makkah buat pertama kali bertukar menjadi sebak sebaik saja kakinya menjejaki kota suci itu.



Memetik laporan mStar online, Marsha berkata, bahkan dia sekarang dia sudah mula rindu pada keindahan dan ketenangan yang dirasainya sepanjang berada di sana.

"Mulanya takut-takut juga, macam-macam cerita saya dengar mengenai pengalaman mereka yang mengerjakan umrah.

"Tapi apabila dah sampai sana, semua perasaan itu hilang dan saya rasa sebak kerana diberi peluang menziarahi tempat suci umat Islam itu," katanya.

Marsha dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail mengerjakan ibadah umrah selama dua minggu bermula 1 November lalu.

..

Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun ini turut memberitahu suaminya membantu dalam mempersiapkan diri sebelum terbang ke sana.

"Sebagai mualaf, banyak yang saya kena belajar lagi dan syukur suami ada disisi membimbing dan mengajar saya.

"Lagi pula dia dah banyak kali tunaikan umrah, jadi pengalaman tu dah ada. Apa yang saya tak faham tanya dia sahaja.

"Saya ada ambil kelas agama bersama seorang ustazah, jadi mudahlah untuk saya melakukan ibadah tersebut," katanya yang juga merancang mahu ke sana lagi pada tahun depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.