Berita Terkini
recent

Dah 6 Bulan Rasmi Sebagai Suami Isteri?

Selepas mencuri tumpuan umum dengan aksi mesra yang dipamer di acara SNL baru-baru ini, terbaru, pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dikhabarkan sebenarnya sudahrasmi bergelar suami isteri sejak enam bulan lalu.

Memetik laporan The Daily Mail, sebuah majalah hiburan mendedahkan penyanyi berusia 24 tahun itu sudah berkahwin dengan pelakon kacak tersebut. Majlis perkahwinan pasangan ini dikatakan berlangsung secara privasi di kediaman mereka di Malibu.

"(Dilangsungkan) akhir April. Ini adalah upacara yang sangat intim di rumah mereka di Malibu.

"Saya diberitahu bahwa hanya beberapa orang yang hadir di sana dan mereka adalah satu-satunya orang yang tahu (soal perkahwinan Miley)," kata satu sumber.

Dedah sumber itu lagi, adik kepada pelakon Chris Hemsworth itu tidak merancang untuk mengumumkan kepada khalayak.

"Miley dan Liam tidak ingin mengumumkan perkara ini," sambungnya.

Sementara itu, Miley dan Liam mulai menjalin hubungan setelah bertemu dalam film The Last Song tahun 2010. Pasangan ini kemudian dikhabarkan berpisah setelah mengikat tali pertunangan pada tahun 2012.

Namun sejak Januari 2016, laporan media menyebut mereka kembali bersama sehingga sekarang.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.