Berita Terkini
recent

Cermin tingkap kereta diketuk sebelum ditembak

 Seorang ejen hartanah berdepan detik mencemaskan apabila didatangi lelaki yang melepaskan tembakan ke arah kereta dinaikinya.

Ketika kejadian di tepi jalan Teratai 2, dekat sini pada kira-kira jam 5.35 petang tadi itu, suspek yang memakai topi keledar mengetuk tingkap kereta mangsa dengan objek menyerupai pistol.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek mengarahkan mangsa keluar dari kereta namun bimbang diapa-apakan, mangsa terus mengundurkan kereta sebelum terdengar bunyi satu das tembakan.

"Mangsa terus memandu kereta dan terlanggar seorang penunggang motosikal yang tiba-tiba datang menghalang kereta wanita itu sebelum mengundurkan lagi kereta jenis Mercedes C200 itu.

"Mangsa mendengar satu lagi das tembakan sebelum terus memandu keretanya hingga ke Setapak lalu menghubungi rakannya untuk bantuan," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.

Katanya, siasatan mendapati kereta tersebut adalah milik teman lekaki mangsa.

"Kita juga mendapati tiada sebarang masalah antara kedua-dua mereka, malah mereka berdua juga bekerja di pejabat yang sama.

"Kita sedang berusaha mengenal pasti dua suspek terbabit dalam kejadian itu. Hasil siasatan forensik menemui satu slug peluru di dalam tayar kanan hadapan kereta terbabit," katanya.

Roy Suhaimi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.