Berita Terkini
recent

Cemas... Peminat Pengsan Pandang Aiman Tino

PENYANYI Aiman Tino tidak melupakan peristiwa yang disifatkan sebagai mencemaskan ketika dia menjayakan promosi lagunya di Indonesia.

Pemilik nama sebenar Mohd Aiman Yusri, 19, ini berkata, ketika menghadiri sebuah acara di sana, berlaku kejadian mencemaskan apabila ada peminat tiba-tiba jatuh lalu pengsan ketika melihat kelibatnya.

"Ada satu kejadian peminat pengsan kerana teruja berjumpa saya dan terpaksa ditenangkan oleh kru yang berada di lokasi.

"Mujurlah, beberapa minat kemudian peminat perempuan tersebut sedar dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Apa yang buat saya lebih terharu ialah peminat tersebut datang dari jauh semata-mata ingin berjumpa dengan saya," katanya.

Aiman terbang ke Indonesia selama lima hari bagi mempromosikan single Ku Rela Dibenci  bermula 24 Oktober lalu.

Lagu tersebut yang merupakan single pertama Aiman di cipta oleh A.C.K serta Riena dan diedarkan oleh syarikat MyMusic Records di Indonesia.

Tambahnya lagi, ada peminat yang sanggup menunggu di luar konti radio setelah mengetahui dia berada di Jakarta.

"Ada yang naik bas semata-mata nak jumpa saya dan beritahu perjalanan mereka mengambil masa hampir empat jam.

"Mereka beritahu terlihat foto saya di laman Instagram stesen radio berkenaan dan tanpa membuang masa terus menaiki pengangkutan awam ke lokasi promosi.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat di Indonesia dan harap mereka akan terus menyokong karier nyanyian saya di sana," katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Aiman dan kakaknya, Fara Hezel sudah melancarkan lagu terbaharu berjudul Terasa Cinta.

Lagu duet mereka berdua itu dicipta oleh ACK serta Riena dan video lirik sudah dimuat naik di laman Youtube sejak 3 November.

Sehingga kini, ia telah menerima hampir 500,000 jumlah tontonan di laman tersebut.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.