Celine Dion Berjaya Kutip Dana RM4.2 Juta

PENYANYI terkenal Celine Dion berjaya mengutip sebanyak RM4.2 juta untuk dana menerusi konsert amal yang diadakan di Las Vegas.

Menerusi konsert berkenaan, Celine mendendangkan versi baharu lagu popularnya berjudul My Heart Will Go On.

Lagu yang pernah menjadi lagu paling popular di dunia itu diberi nafas baharu oleh Dj Steve Aoki.
Celine dan Steve mempersembahkan versi remix lagu berkenaan yang jauh berbeza dengan susunan asal karya itu.

Persembahan Celine menjadi buah mulut peminat yang rata-rata teruja melihat diva itu beraksi lincah persis seorang Dj muzik.

Konsert itu diadakan untuk mengutip dana bagi mangsa insiden tembakan rambang di Las Vegas tahun ini.

Acara yang diadakan di Omnia Nightclub, Las Vegas itu turut disertai barisan artis seperti Kaskade, Lil Jon, Tiesto dan Zedd.


Celine Dion Berjaya Kutip Dana RM4.2 Juta Celine Dion Berjaya Kutip Dana RM4.2 Juta Reviewed by Kakigosip on 05:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.